BLOG INI ADALAH BLOG UNTUK ANDA SEMUA YANG MEMBUTUHKAN INFORMASI MENGENAI KONSELING, PSIKOLOGI, SENI DAN AGAMA.

MARI BERBAGI ILMU, PENGALAMAN DAN EKSPRESI! TEBARKAN SEMANGAT BERBAGI

Senin, 03 Agustus 2009

10 jenis tangisan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir didunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.


Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis tercela @ terpuji ??


Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.



Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan karena menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.



Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan
terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak
mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat
takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di
atas gunu! ng dan air matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air
matanya itula h Allah telah menumbuhkan pohon kayu
manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air
mata Adam lalu
berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar
lalu menyangka
burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan
tangisannya. Lalu
Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih
lazat daripada air
mata taubat mu!."

BERFIKIR SEJENAK BUAT DIRI YG SENTIASA ALPA & LALAI
DARI MENGINGATINYA:

LAYAKKAH AKU HIDUP DI MUKA BUMI INI???
SEDANGKAN SETIAP YANG AKU LAKUKAN BUKAN KARENANYA...
......... .......

BILA KU RENUNG DIRI INI, ADAKAH AKU YANG TERGOLONG
ANTARA GOLONGAN INI?

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau
tak tercapai
cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma
lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin
dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang
membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat
yakin lah, rezki itu !
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda
diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah
air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis
membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia
dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis
diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2
biji mata yang
menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat
naungan Allah di hari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu
mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut ke!
pada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dar
i pepohonan
kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para
sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk
ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya perhatikanlah
3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang
Memilikimu.

Suatu ketika Nabi Muhammad Saw didatangi iblis.

Rasulullah berkata ; “Hai iblis berapa banyakkah
musuhmu dari umatku?”

Iblis menjawab, “lima belas,”
1. Engkau sendiri Muhammad
2. Pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang mengerjakan sholat dengan khusyuk
6. Orang mukmin yang ahli nasehat
7. Orang mukmin yang kasih sayang
8. Orang yang tetap bertaubat
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang mukmin yang selalu bersuci
11. Orang mukmin yang banyak sedekah
12. Orang mukmin yang bagus akhlaknya
13. Orang mukmin yang manfaat kepada orang
14. Orang yang hafal Al Qur’an serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri mengerjakan shalat di waktu
malam sedang orang-orang tidur

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke
dalam jama'ah hamba-hamba- Ku, masuklah ke dalam
syurga-Ku. (Al Fajr 27 -30)

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami
lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri
ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap
kaum yang kafir." (Al Baqarah 286)

Semoga Allah mengampuni saya jika karena pengetahuan
saya yang kurang luas sehingga saya berbuat dan
berbicara salah. Saya ingin mengakhiri tulisan ini
dengan mengutip apa yang dikatakan oleh Nabi Allah
Syu'aib a.s., sebagaimana yang tercantum di dalam
Al-Qur'an:

"........... Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selama aku masih
berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan
dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali".
(Huud: 88)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Salamat menjelajahi blog saya jgn lupa komentarx oke...trimakasih atas kerjasamax.